Saturday, 30 September 2017

4.1.2 RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG (RRJP)

  • Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1)
a) telah dilaksanakan pada tahun 1971-1990

b) telah menjadi asas kepada pelaksanaan Dasar  
    Ekonomi Baru

c) empat rancangan pembangunan lima tahun  
    telah dilaksanakan iaitu
 

        - Rancangan Malaysia Kedua

        - Rancangan Malaysia Ketiga

        - Rancangan Malaysia Keempat

        - Rancangan Malaysia Kelima

 Tujuan dan Matlamat Dasar Ekonomi Baru

 
1. Matlamat utamanya adalah untuk mencapai  
 perpaduan negara dan membangunkan satu  
 bangsa melalui strategi serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula  
 masyarakat
    
2. Strategi serampang dua mata DEB yang kedua 
pula bertujuan untuk meyusun semula  
masyarakat untuk menghapukan pengenalan  
kaum mengikut fungsi ekonomi
  
 3. Teras utama strategi kedua DEB ini adalah  
untuk menyusun semula corak guna tenaga  
supaya menggambarkan komposisi penduduk  
berbagai kaum di negara ini untuk semua  
sektor dan semua peringkat pekerjaan dalam  
ekonomi


  •  Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2)

telah dilaksanakan pada tahun 1991-2000

merupakan asas kepada pelaksanaan Dasar 
 Pembangunan Nasional (DPN)

Matlamat: Perpaduan Negara

Prinsip: Pertumbuhan ekonomi dan pengagihan 
yang saksama

STRATEGI ASAS

Membasmi kemiskinan ⇒ Menyusun semula syarikat

  Fokus Strategi
  • Mengalih tumpuan membasmi kemiskinan kepada membasmi kemiskinan di kalangan golongan termiskin di samping mengurangkan kemiskinan relatif

  • Meningkatkan pembabitan sektor swasta dalam proses penyusunan semula masyarakat melalui pengwujudan peluang lebih luas untuk sektor berkenaan berkembang

  • Menumpukan kepada pembangunan sumber manusia sebagai asas penting bagi mencapai maklumat pertumbuhan dan pengagihan yang saksama

  •  Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3)

  1. Pembentangan ini telah dibentangkan pada tahun 2001
  2. Dilaksanakan pada tahun 2001-2010
  3. Merupakan rancangan yang telah digubal berdasarkan Dasar Wawasan Negara (DWN)
  4. Teras dan dasar yang strategik untuk mencapai pembangunan mampan seperti berikut:

  a) Membina bangsa yang berdaya tahan

  b) Menggalakkan Perwujudan Masyarakat yang saksama

  c) Mengekalkan pertumbuhan ekonomi

  d) Menghadapi persaingan antarabangsa

  e) Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan

  f) Memperkukuhkan pembangunan sumber manusia

  g) Meneruskan Pembangunan Alam Sekitar yang mampan

No comments:

Post a Comment